Dengan suasana yang nyaman dan pemandangan yang bakal menenangkan fikiran, pengalaman bercuti di Bukit Tinggi Pahang adalah suata yang harus dirasai bersama keluarga, khususnya mereka yang gemar bergambar. Untuk memudahkan anda merancang agenda harian semasa berada disana nanti, kami telah menyusun 9 tempat menarik di Bukit Tinggi yang pasti memikat hati.
10. Colmar Tropicale
Untuk memulakan pengembaraan anda di Bukit Tinggi kami cadangkan melawat Colmar Tropicale French Village dahulu. Dibuka oleh Berjaya Hills Resort, perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance. Suasana kampung ini bakal membuat sesiapa sahaja yang berjalan disini merasa seolah-olah berada didalam sebuah filem eropah klasik.
Selain daripada suasana yang unik, terdapat juga banyak aktiviti menarik yang menanti anda sekeluarga seperti rock climbing dan mountain biking. Untuk pengalaman bercuti di Bukit Tinggi yang lengkap, anda boleh memilih untuk bermalam di resort tersebut. Kepada mereka yang merancang untuk balik hari pula, bayaran kecil dikenakan untuk melawat kawasan tersebut.
Bayaran Masuk: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)
Lokasi: Kilometer 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
9. La Lavande Massage & Spa
Bertempat di tengah-tengah Colmar Square terdapat sebuah spa bertema eropah yang menawarkan pelbagai rawatan kecantikan seperti urut kaki refleksologi hingga ke therapeutic massage. Spa ini unik kerana ia merupakan sebuah spa mesra kanak-kanak. Sambil anda memanjakan diri dengan tradisional thai massage, anak anda boleh berhibur dengan aktiviti menarik seperti face painting yang pasti menarik perhatian mereka jesteru memberi anda peluang untuk berehat seketika tanpa diganggu.
8. Adventure Park
Kepada meraka berani mencuba, Colmar Adventure Park menyediakan pelbagai aktiviti lasak khas buat orang yang mengejar cabaran. Kalau anda tidak gayat, jagan lepaskan peluang untuk merentasi gaung dengan menaiki flying fox terpanjang di Asia Tenggara yang mempunyai kepanjangan 1 kilometer.
Jika bergayut dari tempat yang tinggi bukan suatu yang membawa anda keriangan, mungkin menembak rakan-rakan dengan bola-bola cat dapat menghiburkan hati. Adventure Park juga menawarkan aktiviti paintball khas buat kumpulan kecil atau besar seperti team building korporat. Terdapat dua gelanggang paintball berasingan, setia satu mempunyai cabaran yang berbeza iaitu Capture The Flag dan Jungle Warfare.
Tanpa menaiki pesawat, dalam beberapa minit sahaja anda boleh menyusul dari sebuah perkampungan perancis yang romantik ke perkampungan jepun tradisional yang aman. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tujuan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.
Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal, Tatami Spa, Ume Tatami Suite dan restoran Ryo Zan Tei.
Jika bersiar-siar di taman bunga kayangan luas serba panoramik itu sesuata yang memberangsangkan imaginasi, Botanical Garden Bukit Tinggi menanti kehadiran anda. 5 minit sahaja masa memandu dari Colmar Tropicale, taman yang tersembunyi di dalam Japanese Village ini mempunyai kawasan seluas 4 ekar dan menampilkan beraneka jenis tumbuhan iklim sejuk seperti pokok Strawberry dan Pear.
Sebuah walkway khas sepanjang 1 kilometer melalui taman dan menjadikan tempat ini ideal untuk berjalan santai bersama keluarga ataupun orang yang tersayang sambil menikmati kepelbagaian flora dan fauna yang menghiasi taman ini.
5. Tatami Spa
Diiktiraf sebagai Spa-berkonsep jepun pertama diluar Negara jepun. Spa yang pernah dianugerahkan spa terbaik tahun 2007-2008 oleh Hospitality Asia Platinum Awards ini menawarkan pelbagai rawatan badan istimewa seperti skrab, tab air panas therapeutic, urut aromatherapy dan rawatan satu badan istimewa bernama Kimochi Treatment. Disamping itu, anda dapat memilih untuk merehatkan diri di dua tab air panas berasingan, yang pertama adalah tab tertutup yang berada didalam dan kedua adalah tab Onsen yang terletak di bahagian luar.
4. Horse Trails
Di Horse Trails Bukit Tinggi, impian anda untuk menunggang kuda boleh menjadi kenyataan. Jika ini kali pertama anda menunggang kuda, anda tidak perlu risau kerana kuda-kuda disini terlatih dan jinak. Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kuda yang berlainan baka seperti, kuda unik palamino, hingga ke baka populuar seperti Quarter Horse.
Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Menambah kepada keajaiban pengalaman ini, anda boleh memilih untuk merentasi laluan hutan tropika hijau sambil menunggang kuda.
Bayaran Masuk: RM2 Untuk masuk kawasan Horse Trails dan melihat kuda | RM25 untuk menunggang kuda selama 10 minit.
Khas buat ibu-bapa yang bercuti bersama anak kecil, Rabbit Park merupakan tarikan mesra kanak-kanak dan menampilkan sebanyak 200 arnab comel yang bakal buat anak anda tertawa keriangan. Disini pelawat dapat bermain sambil bergambar dengan arnab-arnab tersebut.
Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.
Meraka yang ingin bercuti sambil bermain golf juga boleh berbuat demikian di Berjaya Hills Golf & Country Club. Kelab yang telah memenangi anugerah ini mempunyai padang hijau yang membetang seluas 1.6 ekar. Anda dapat bermain golf di Bermuda turf sambil menikmati suasana bukit yang nyaman. Kelab golf yang mempunyai 18 lubang ini pernah tersenarai didalam 20 kelab golf paling terkemuka di negara kita pada tahun 2004.
Tarikan yang dipilih untuk mengahiri entri ini merupakan sebuah tarikan eco-pelancongan bergelar Organic Farm. Untuk ke ladang tersebut anda perlu memandu. Jika anda memandu dari arah Kuala Lumpur atau Bentong anda perlu mengambil selekoh kiri pertama selepas kaunter tiket Bukit Tinggi.
Sesiapa yang minat sayur-sayuran segar atau mahu belajar sedikit tentang proses mengeluarkan tanaman segar secara organik boleh melawat ladang tersebut. Walupun ladang ini tidak menjual produk keluarannya, pelawat dapat menikmati hidangan lazat yang disediakan dengan menggunakan sayur-sayur yang dipetik segar dari ladang tersebut.
Penginapan di Bukit Tinggi Pahang
Membaca entri ini anda pun telah tahu bahawa Resort yang terletak di Bukit Tinggi ini dibuka oleh Berjaya Resorts, ini bermaksud hotel yang boleh dijumpai di atas bukit ini juga didirikan oleh mereka.
Hotel yang menjadi pilihan utama pelancong yang mencari pengalaman percutian yang lengkap di Bukit Tinggi adalah Hotel Colmar Tropicale. Hotel 4 bintang bertema ala perancis ini bakal menjanjikan keselesaan dan pengalaman menginap yang unik.
Jika anda mahu melihat pilihan penginapan alternatif yang terdapat di Bukit Tinggi anda boleh menyemak lawan web Booking.com untuk mendapat informasi mengenai tawaran penginapan terkini.
Berakhir sudah entri tempat menarik di Bukit Tinggi dan kami di Mai Singgah harap anda terhibur dan mendapat sedikit gambaran tetang keseronokkan yang bakal menanti anda di sana. Kami juga berharap anda dapat mengunakan entri ini sebagai rujukan untuk merancang percutian anda ke Bukit Tinggi nanti.
Tempat Menarik di Melaka – #dontmesswithmelaka sudah menjadi semakin trending. Apa tidaknya, sememangnya negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai sejarahnya dan juga kerana adanya pelbagai tarikan pelancongan lain. Apa yang lebih membanggakan, negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya.Nak tahu apa yang menarik di Melaka? Mari lihat senarai 20 tempat best untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini!Tips:Link untuk lokasi akan membawa anda terus ke Google Maps supaya senang untuk anda navigatebila dah sampai Melaka nanti. Jadi, jangan lupa bookmark page ni ya! Bustel Klebang MelakaBustel (BUS + Hotel)Melakaadalah lokasi penginapan eksotik yang terletak di Pantai Klebang, yang mana lebih kurang 40 buah bas usang telah diubahsuai menjadi hotel dengan fasiliti asas yang lengkap. Setiap bilik Bustel ini boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa atau 2 orang dewasa & 2 orang kanak-kanak dalam satu-satu masa. Ia dilengkapi katil (1 queen bed atau 2 single bed) beserta selimut & bantal, air cond, almari solek, almari, flatscreen TV, 2 helai tuala, dan juga sejadah.Sekiranya anda berminat untuk mencuba hotel unik ini, anda dinasihat untuk membuat tempahan awal (No. telefon Bustel: 019-741 4113.) Bustel Klebang juga merupakan satu lokasi yang strategik kerana ia terletak di Pantai Klebang – maklumat tentang Pantai Klebang ada di bawah.Lokasi:Pantai KlebangKos:Hari biasa: RM80Hujung minggu & cuti umum: RM120 Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia menjadi pantai yang paling popular di sini.Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.Walaupun lokasinya agak tersembunyi, anda tidak perlu risau kerana sentiasa ramai orang di sini. Yang datang buat wedding photoshoot pun ramai. Jika anda pergi bergambar di sini, akan ada kenderaan 4X4 yang boleh membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk sehala- saya dah cuba jalan kaki pergi dan balik. Habis lencun, basah ketiak Abam. Selepas belajar dari kesilapan (dapat penat, terpaksa kejar masa dan konon-konon nak bergambar stylo tapi last-last cuma dapat gambar muka berminyak), kali kedua pergi baru saya menurunkan ego dan naik 4X4. Best wooo!Untuk tujuan keselamatan, anda akan diarahkan untuk meninggalkan kawasan ini selepas jam 7:00 petang.Lokasi:Pantai KlebangKapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium.Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit. Anda boleh melayari laman web Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk maklumat lanjut.Lokasi:Dataran 1 Malaysia KlebangWaktu operasi:Hari biasa: 9:00 pagi – 5:30 petangHujung minggu: 9:00 pagi – 6:30 petangKos:Dewasa: RM 3.00Kanak-kanak: RM1.00The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera (tempat best, harga pun “best” juga la ya) sambil menikmati pemandangan yang memukau ini.Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan pengunjung menguji keberanian. Saya admit cuak sikit la bila berdiri kat situ. Anda bebas mengambil selfie, wefie, theyfie dan apa-apa yang seangkatan dengannya ketika berada di sini. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana sudah ada kamera yang disediakan. Nak tangkap tu free, cuma bila nak print yang kena bayar. Apa-apa pun, ia adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi waktu malam.Sila layari laman web rasmi The Shore Sky Tower untuk maklumat terkini.Lokasi:The Shore, Malacca RiverWaktu Operasi: 10:00 pagi ke 10:00 malamKos:Dewasa: RM25 sekali masukKanak-kanak: RM18 sekali masukJom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya. Oh ya, staf di sini juga sangat peramah dan tak kisah untuk tolong ambil gambar.Lokasi:Jalan PM7, Plaza MahkotaWaktu Operasi: 10:00 pagi ke 7:00 malamKos:Warganegara (tapi jangan lupa bawak MyKad):Dewasa: RM15Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10Bukan Warganegara:Dewasa: RM20Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16Masjid Kampung Hulu adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka kerana ia masjid tertua di Malaysia. Masjid yang dibina dalam lingkungan tahun 1720 ke 1728 ini telah dibaikpulih untuk memulihara senibinanya yang asal. Kepada mereka yang mahir tentang architecture, anda boleh perhatikan senibina masjid ini yang unik, kerana bak kata brader-brader urban, ada “mash-up” di antara elemen Sumatera, Cina, Hindu & juga Melayu Melaka.Sambil berjalan-jalan, bolehlah singgah solat, kan?Lokasi:Jalan Kampung HuluKota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerquetiba di negeri Melaka bersama-sama angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.Di samping mempelajari tentang sejarah negeri Melaka, kota A Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi negeri Melaka. Tak sah kalau tak bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau!Untuk pengetahuan anda, di sini ada beca yang boleh anda naik. Tengok je lah dalam gambar ni, macam-macam ada. Beca-beca ni dah sediakan pakej untuk anda pilih. Kalau harga cun, lagi jauhlah diorang bawak. Ketika berada kat sini, saya ambil pakej paling murah iaitu dengan harga RM25 untuk 1 beca (saya ambil 2 beca) dan diorang bawak sampai ke the Stadthuys, tangkap gambar dengan beca kejap, lepas tu patah balik ke Kota A’Famosa. Walaupun dekat, at least dapat jugak merasa naik beca.Lokasi:Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan & Hotel Equitorial)Jom bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki bot! Sungai yang mengalir merentasi bandar Melaka ini membolehkan anda menikmati pemandangan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja & juga kawasan perkampungan.Anda boleh menaiki River Cruise ini di jeti Muara. Dari jeti Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan anda akan berpatah balik ke jeti Muara. Oh ya, River Cruise ini juga beroperasi pada waktu malam. Saya pernah cuba siang dan malam tengok yang mana lagi best, dan obviously kerana cuaca panas di waktu siang dan bila malam ada lampu lip-lap sana-sini, River Cruise adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi pada waktu malam.Lokasi:Jalan Merdeka, bandar Melaka (berdekatan Muzium Samudera)Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 11:30 malamKos:WarganegaraDewasa: RM10.00Kanak-kanak: RM5.00Bukan WarganegaraDewasa: RM15.00Kanak-kanak: RM7.00Sewa satu botWarganegara: RM400Bukan warganegara: RM600The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai “bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.Lokasi:Jalan Gereja, Bandar MelakaKos: (Hanya jika anda ingin masuk ke dalam Kompleks Stadthuys), caj dikenakan adalah:Warganegara (sertakan MyKad):Dewasa: RM5.00Kanak-kanak: RM2.00Bukan warganegara:Dewasa: RM10.00Kanak-kanak: RM4.00*Dengan membeli tiket, anda juga akan mendapat akses ke Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Pendidikan, Muzium Tuan Yang Terutama, Muzium Pendidikan & Galeri Laksamana Cheng Ho.Kenali warisan peranakan Bab & Nyonya sejak lewat abad ke-19 sehingga ke awal abad ke-20 dengan lebih dekat di muzium ini. Ianya adalah sebuah bangunan gabungan 3 lot teres milik keluarga Chan pada tahun 1861. Rumah ini telah pun didiami 4 generasi sebelum dijadikan sebagai muzium pada tahun 1985. Di dalam rumah ini, anda akan dapat melihat pelbagai barangan dan design rumah yang mencerminkan budaya Baba Nyonya di Melaka.Sila layari laman web rasmi Baba Nyonya Heritage Museum untuk maklumat lanjut.Lokasi: Jalan Tun Tan Cheng Lock, Bandar MelakaWaktu operasi:Hari biasa:10:00 pagi – 1:00 tengahari (lawatan terakhir jam 12:00 tengahari)2:00 petang – 5:00 petang (lawatan terakhir jam 4:00 petang)Untuk hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), lawatan terakhir ialah pada jam 5:00 petangKos:Dewasa: RM16.00Kanak-kanak (5-12 tahun) RM11.00Kalau di Terengganu, ada masjid Kristal & masjid terapung. Melaka pun apa kurangnya! Masjid Selat adalah salah satu daripada lokasi yang perlu ada di dalam travelling checklist anda. Masjid yang dibina berdasarkan elemen Melayu & Timur Tengah ini akan kelihatan seakan-akan terapung di atas air, terutamanya ketika air pasang. Lepak sekejap di sini sambil tunggu sunset dan solat Maghrib pun best juga.Lokasi:Pulau Melaka, bandar MelakaJangan lupa pada member-member yang dah kirim itu-ini masa anda beritahu mereka yang anda akan bercuti di Melaka! Jonker Walk adalah salah satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat souvenir tu, memang melambak lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.Lokasi: Jalan Hang Jebat, Bandar MelakaKos: Terpulang kepada bajet 2017 anda. Negeri Melaka penuh dengan monumen warisan. Salah satu daripada monumen tersebut adalah Masjid Kampung Kling yang tlah dibina seawal tahun 1748. Masjid unik ini menggabungkan pelbagai elemen di dalam pembinaannya, seperti fusion di antara timur dan barat. Jadi, anda bolehlah ke sini jika berkesempatan.Lokasi:Jalan Hang Jebat (berdekatan Jonker Street)Jom menaiki Menara Taming Sari! Menara berketinggian 80m ini menawarkan pemandangan indah sekitar bandar Melaka. Dari atas, anda akan dapat melihat sehingga ke selat Melaka. Selain itu, anda juga boleh bermian Mini Rider 3D & Italian Bumper Car di sini.Sila layari laman web rasmi Menara Taming Sari untuk maklumat lanjut.Lokasi:Jalan Merdeka, Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan)Kos:Dewasa: RM20.00Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM10.00Pelajar: RM17.00 (bukan warganegara) / RM10.00 (warganegara)Jom tengok haiwan comel-comel di Zoo Melaka! Zoo ini adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo ini menjadi rumah keapa lebih 1200 haiwan daripada 215 spesies yang pelbagai. Zoo Melaka mempunyai pelbagai tarikan yang tersendiri. Ia juga merupakan zoo pertama yang menempatkan badak Sumatra yang diancam kepupusan. Selain itu, terdapat juga spesies-spesies lain yang menjadi tarikan pengunjung, seperti gajah Asia, kuda liar, harimau Malaya dan sebagainya.Suasana di dalam zoo ini juga adalah nyaman kerana terdapat tumbuh-tumbuhan ditanam untuk mewujudkan suasana seakan-akan kawasan hidupan liar di hutan hujan tropika yang sebenar. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok eksotik yang ditanam di sekitar zoo ini.Zoo Melaka adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak kanak terutamanya, kerana mereka dapat melihat spesies-spesies hidupan liar dengan lebih dekat. Oleh kerana kawasan zoo yang luas, kemudahan seperti tram (yang macam kereta api tu) juga disediakan untuk kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja.Lokasi:Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)Waktu operasi:Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam 5:30 petang)Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam 10:30 malam)Kos: WarganegaraWarga emas: RM7.10Dewasa (umur 13-59): RM17.80Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10OKU: RM7.10Bukan WarganegaraDewasa (umur 13-59): RM23.70Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80*Anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di laman web rasmi Zoo Melaka.Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini menempatkan lebih 20 spesies rama-rama di samping haiwan reptilia dan beberapa spesies lain untuk tatapan pengunjung. Taman yang dibina di atas tanah berkeluasan 11 ekar ini mempunyai beberapa tema, iaitu Buterfly Aviary, Reptile Walk, Wild Photo Lane dan juga Koi Garden.Sila kunjungi laman web rasmi Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka untuk maklumat lanjut.Lokasi:Ayer KerohWaktu Operasi: 8:30 pagi ke 5:30 petang setiap hariKos:Dewasa : RM22.00Kanak-kanak : RM16.00Taman Buaya Melaka yang mula dibuka pada tahun 1987 ini telah menjadi rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator, Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman – tapi buaya darat tidak tersenarai di sini. Buaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai keadaan habitiat asalnya. Selain itu, terdapat juga tarikan-tarikan lain di sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan Mammal House.Jika anda ingin menyaksikan pertunjukan buaya, ia hanya diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang. Sila kunjungi laman web rasmi Taman Buaya Melaka untuk info terkini.Lokasi:Ayer Keroh (berhampiran McDonalds Lebuh Ayer Keroh)Kos: Hari biasaDewasa: M15.00Kanak-Kanak: RM12.00Hujung Minggu & Cuti SekolahDewasa: RM20.00Kanak-Kanak: RM17.00Harga Tiket Rumah Hantu (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00Harga Tiket Keretapi Raksasa (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah salah satu daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak. Taman tema ini mempunyai pelbagai tarikan, seperti water slides, Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool dan banyak lagi! Tempat ini juga dikelilingi hutan semulajadi yang berkeluasan 360 hektar. Oleh itu, ia adalah satu lokasi yang sangat sesuai untuk dikunjungi terutamanya ketika musim panas. Lepas basah kuyup berseronok ketika bermain air, anda bolehlah bersiar-siar sambil menikmati suasana hutan di sini.Lokasi:Ayer KerohWaktu Operasi: 9:00 pagi ke 7:00 malamKos: Layari laman web rasmiMelaka Wonderland untuk maklumat caj terkiniSelain daripada Bustel, Masbro Village adalah salah satu daripada lokasi penginapan ala homestay yang sangat unik di Melaka. Senibinanya yang luar biasa iaitu berbentuk segitiga diilihamkan daripada pondok-pondok tepi pantai di Australia – sebab itulah ia mendapat nama gelaran “Australia Village”. Jadi, No wonder lah tempat ini menjadi viral dan tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka, bukan?Setiap rumah homestay boleh memuatkan 4 ke 6 orang dewasa. Homestay ini mempuyai 2 tingkat, yang mana terdapat 1 sofa bed di tingkat bawah manakala 2 katil queen size pula disediakan di tingkat atas. Ia juga dilengkapi ruang tamu, ruang makan, perabot seperti kerusi sofa & TV, penghawa dingin, 2 bilik air berserta water heater, dan kelengkapan dapur. Nak parking kereta pun tak ada masalah kerana lokasinya yang strategik, dan homestay ini juga berpagar. Walaupun ia terletak lebih kurang 7km daripada bandar Melaka, bagi saya tetap worth it dengan pengalaman menginap di sini.Lokasi:Taman Paya Rumput Indah (tepi jalan lebuh AMJ, berdekatan traffic light TESCO Cheng)Kos: RM280/unit/malamSiapa yang tidak tahu A’ Famosa Resort! Apa yang ada di sini? Macam-macam hado! Kalau anda masuk ke dalam, A’Famosa Resort ni dah macam satu bandar. Pernah sekali saya bersama keluarga berkunjung ke Melaka pada hujung minggu dan lepak-lepak di dalam resort ni sahaja – itu pun tidak sempat mencuba semua aktiviti di sini. Di sini terdapat Safari Wonderland (part paling best bagi saya adalah naik gajah), Water Theme Park, Cowboy Town, dan anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain yang menarik seperti memanah, menaiki go-kart, menunggang kuda, bermain paint ball, paintball dan banyak lagi!Penginapan pun ada banyak pilihan. Anda boleh pilih sama ada ingin menginap di resort hotel, kondominium yang dijadikan hotel (maka apabila ia bergabung, meletup seperti lagu Adam & Stacy, terjadilah “condotel“), rumah banglo mahupun villa. Terdapat ramai pelancong dari dalam & luar negara yang berkunjung ke sini untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga.Lokasi:Alor GajahKos: Sila klik di sini untuk maklumat lengkap & terkini di laman web rasmi A’Famosa Resort.Bonus: Freeport A’Famosa Outlet – Tempat Menarik di Melaka baru!Bermula tahun 2016, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) telah dibuka untuk pelancong membeli-belah. Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlet yang terlebih dahulu dibuka. Terdapat pelbagai brandmenarik untuk dipilih, seperti Sacoor, G2000, Nike, Puma, Under Armour, Kickers, Focus Point, Melinda Looi dan banyak lagi! Harga-harga yang ditawarkan pun sememangnya berbaloi-baloi. Kat sini la saya beli kasut futsal Puma dengan harga RM79.00! Jadi, jika anda mencari tempat menarik di Melaka untuk shopping sakan, kat sini la tempatnya!Sila layari laman web rasmi Freeport A’Famosa Outlet untuk maklumat lanjut.Lokasi:Alor Gajah (sekiranya anda datang daripada Simpang Ampat, anda akan menjumpai FAO sebelum pintu masuk ke A’Famosa Resort.xPantai KlebangMuzium Kapal SelamThe Shore Sky TowerRumah TerbalikMasjid Kampung HuluKota A FamosaMelaka River CruiseThe StadthuysBaba & Nyonya Heritage MuseumMasjid SelatJonker WalkMasjid Kampung Kling Menara Taming SariZoo MelakaTaman Rama-Rama & ReptiliaTaman BuayaMelaka Wonderland Theme Park & ResortAustralia Village @ Masbro VillageA’ Famosa Resort